Saturday, April 17, 2010

Majlis Jamuan Makan Amal SMKJR

Carta alir perlaksanaan pembinaan 'Dataran Berbumbung SMKJR'

Majlis Jamuan Makan Amal SMKJR bertujuan untuk mendapatkan dana bagi pembinaan Dataran Berbumbung SMKJR telah mendapat kelulusan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan direncanakan untuk dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh/Masa: 30hb Mei 2010/8:00 malam - 11:00 malam
Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Kajang


SENARAI AHLI JAWATANKUASA


Jawatankuasa Induk:

Penaung: Tuan Hj Harun Nordin (CEO Kagumas Catering Services Sdn. Bhd.)
Penasihat: Pn. Rosny bt. Osman (Pengetua SMKJR)
Pengerusi: YDP Ir. Dr. Tuan Suhaimi b. Salleh
Naib Pengerusi: NYDP En. Radakrisnan a/l Nagappan
Setiausaha: Pn. Rohaniah bt. Kassim, Cik Wan Elinasyazwani Akmal bt. Wan Roslan
Bendahari: Pn. Anita bt. Shabudin


Ahli Jawatankuasa:
Dr. Mohammud b. Che Husain
Dr. Norhasmah bt. Sulaiman
En. Abdul Rasyid b. Rahmat
En. Mohd Tamron b. Mohd Noor
En. Kamaluddin b. Abdul Aziz
En. Fadzil b. Awang Kechik
Pn. Arba'atol Adawiah bt. Mat Din
Pn. Wan Shafini bt. Wan Daud
Pn. Arita bt. Zainuddin
Pn. Gusneli bt. Syukri

Ahli Jawatankuasa Induk telah bersetuju menetapkan harga penjualan pada kadar RM50/kepala atau RM500/meja untuk majlis jamuan makan amal ini.

Berkonsepkan prinsip menjamu selera sambil beramal, sumbangan tuan/puan amatlah dialu-alukan untuk merealisasikan pembinaan Dataran Berbumbung SMKJR ini.

Untuk kertas kerja Dataran Berbumbung sila ke link di bawah (masa terhad) dan muat turun:

'Kertas Kerja Dataran Berbumbung SMKJR'

Atau hubungi kami di pibgsmkjreko@gmail.com untuk mendapatkan salinan kertas kerja tersebut.


Perbincangan dengan Tuan Hj Harun Nordin sebagai Penaung


Cenderahati tanda Penghargaan


Tapak 'Dataran Berbumbung'

'Dataran Berbumbung' - dari sudut pandangan artis

Thursday, August 13, 2009

Perbincangan Awal

Pada jam 9:00 malam 13hb. Ogos 2009 bertempat di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi satu perbincangan perancangan awal projek Dataran berbumbung telah berlangsung. Terima kasih kepada AJK PIBG yang hadir; En. Fadzil, Dr. Kamziah, En. Radakrishnan dan En. Rashid. Semoga perjumpaan yang seterusnya dapat dihadiri oleh lebih ramai AJK yang lain.

Bersama merealisasikan projek Dataran Berbumbung SMKJR!!

YDP

Lakaran Konsep Projek Dataran Berbumbung



Lakaran konsep struktur berbumbung dalam format AutoCAD

Tuesday, August 11, 2009

Projek Dataran Berbumbung SMK Jalan Reko


View Larger MapLokasi dataran berbumbung.


Sekadar imej sahaja: gambaran dataran berbumbung.

Idea pembinaan Dataran Berbumbung dicetuskan demi kebaikan anak-anak kita di SMK Jalan Reko. Dataran ini bakal berkonsepkan satu lapangan yang berbumbung tanpa tembok atau dinding, pengalihudaraan dan pencahayaan secara semulajadi dan bakal digunapakai sebagai dewan terbuka untuk pelbagai aktiviti termasuk akademik, kokurikulum dan sebagainya.

Bersama kita menyokong dan merealisasikan projek ini...

Kata-kata aluan YDP PIBG di Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.

Kami AJK PIBG sesi 2008/2009 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Didalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini dimana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada sekolah.

Pada sesi 2008 / 2009 ini, PIBG telah meneruskan kesinambungan aktiviti untuk kecemerlangan pelajar seperti mengadakan beberapa siri kelas tambahan bagi kelas-kelas peperiksaan yang diberi nama `Perkampungan Ilmu’ pada cuti semester yang lalu. Selain itu, PIBG juga membantu memberi sumbangan kepada pakar motivasi yang telah memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar kelas peperiksaan. Bagi melancarkan program pelajar pendidikan khas pula, PIBG turut sama menyumbang untuk majlis pelancaran pusat aktiviti pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang kini dikenali dengan nama Dewan Burhanuddin. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.

Menyentuh tentang sumbangan tidak kira dari segi kewangan dan kepakaran saya ingin menyampaikan usul dan harapan PIBG untuk merealisasikan projek untuk membina satu dewan terbuka serbaguna yang berbumbung untuk kemudahan anak-anak kita dan juga pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti. Saya percaya usul ini akan diterima bagi membolehkan PIBG mengerakkan jentera mengumpul dana dan keperluan-keperluan laini seperti keperluan teknikal umpamanya. Saya percaya ramai dikalangan ibubapa yang sudi menyumbang. Dikalangan ibubapa berkerjaya professional bolehlah menyumbang kepakaran disini, jadi PIBG amat perlu sokongan terutama dari Arkitek, Jurutera Struktur dan Awam ataupun yang berkemahiran dikalangan ibubapa yang ada disini untuk idea dan sumbangan kepakaran. Ibubapa yang bertugas di Majlis Perbandaran Kajang umpamanya boleh membantu dari segi khidmat pengurusan dokumentasi dan sebagainya.

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Jalan Reko.

Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Jalan Reko.

Sekian, terima kasih.

YDP PIBG